Search This Blog

Saturday, April 19, 2008

Read and what you can find

It seems very interesting to me though. I will not comment on it, it is up to you guys to interpret. From http://www.utusan.com.my/ - 19 April 2008


"PKR sambut baik
SUBANG JAYA 18 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik langkah kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk mengenal pasti dan mencadangkan calon-calon hakim kepada Perdana Menteri.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu wajar berikutan badan kehakiman negara sejak kebelakangan ini berhadapan dengan pelbagai masalah.
Menurut beliau, masalah itu menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap institusi perundangan negara.

''Jika kerajaan melakukan sesuatu yang baik, kami sebagai pembangkang sentiasa menyokong langkah-langkah itu.

''Saya berharap reformasi yang dilakukan terhadap badan perundangan negara bukan bukan bersifat sementara, sebaliknya akan berterusan,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, PKR berjaya memujuk Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai parti itu.

''Saya tidak mahu komen banyak mengenai perkara ini. Anda semua tunggu dan lihatlah. Saya akan umumkan perkara ini pada minggu depan,'' ujarnya."

No comments:

Blog Widget by LinkWithin